Tilmiz

Saturday, 16 February 2013

SELEMBAR RISALAH QAIS


Oleh: Wan Mohd. Huzairi Wan Md. Nor


Bidayah

Pujangga Arab ada berkata, “ Jika anda mahu hidup selepas mati, tulislah sesuatu yang dapat dibaca.”
Saya mulakan tulisan ini dengan pengenalan diri. Meski ramai yang tidak mengenali saya sehingga menyangkakan saya ialah Mahdi atau al-Aqra’ atau Muaz atau al-Buhturi ibnu al-Ja’d. Namun sebagaimana yang disebut oleh Abu Bakar al-Walibi, saya ialah Qais ibnu Mulawwah, seorang pemuda dari bani Amir.
Saya menulis risalah ini dengan satu tujuan satu harapan satu seruan; mahu mengajak semua menghiaskan diri dengan sifat-sifat para anbiya’, ashab dan tabi’en.

Ikhlas

Ikhlas ialah membersihkan perbuatan daripada perhatian manusia. Hasilnya selamat daripada seksaan dan celaan, serta memperolehi darjat yang tinggi di syurga.
Allah Taala berfirman yang bermaksud: Padahal tidak diperintahkan mereka melainkan supaya mereka menyembah Allah dengan mengikhlaskan agama kerana-Nya. (Al-Bayyinah: 5)
Dalam sebuah khabar musnad, Rasulullah SAW dikhabarkan oleh Jibril A.S, sesungguhnya Allah Taala berfirman: Ikhlas ialah satu rahsia daripada rahsia-Ku, Aku menitipkannya kepada hati yang Aku kasihi daripada hamba-Ku.

Friday, 15 February 2013

PERANAN GURU SEBAGAI MUDARRIS, MU'ALLIM, MUADDIB, MURABBI DAN MURSYID



Perkataan guru adalah hasil gabungan dua suku kata iaitu `Gur' dan `Ru'. Dalam bahasa jawa,Gu diambil daripada perkataan gugu bermakna boleh dipercayai manakala Ru diambil daripada perkataan tiru yang bermaksud boleh diteladani atau dicontohi. Oleh itu, guru bermaksud seorang yang boleh ditiru perkataannya, perbuatannya, tingkah lakunya, pakaiannya, amalannya dan boleh dipercayai bermaksud keamanahan yang dipertanggungjawabkan kepadanya untuk dilakukan dengan jujur.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mu’alim, mu’addib, murabbi, mursyid, muddarisdan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas.


Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-murid. Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk dikuasai oleh murid-murid.

Mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru. Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam proses melahirkan insan bermoral.

Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti. Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor. Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah. Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa hadapan. Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan potensi insan berakhlak mulia dan seimbang. Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar terutamanya dalam bidang kerohanian.

Thursday, 14 February 2013

Nasihat Seorang Ayah Kepada Anaknya



نَصِيحَةُ وَالِدٍ لِوَلَدِهِ


Nasihat Ayah Kepada Anaknya

يَا بُنَيَّ! "الحَيَاءُ مِنَ الإِمَانِ"، وَعَلاَمَةُ تَقْوَى اللهِ، وَمَنْ لاَ حَيَاءَ فِيهِ لاَ خَيْرَ فِيهِ.

Wahai anakku! "Malu itu sebahagian daripada iman", Ia tanda takwa kepada Allah.Sesiapa yang tiada sifat malu, tiada kebaikan pada dirinya.

يَا بُنَيَّ! فَرَاغُ الإِنْسَانِ مِنْ العَمَلِ، مَعَ صِحَّتِهِ وَقُدْرَتِهِ عَلَيْهِ، مِنَ الأُمُورِ الَّتِي لاَ يَرْضَاهَا العُقَلاَءُ لأنْفُسِهِمْ، لأَنَّ الفَرَاغَ يَهْدِمُ صِحَّةَ الإِنْسَانِ وَيُتْلِفُ ثَرْوَتَهُ، وَلاَ خَيْرَ فِي ضَيَاعِ الصِّحَّةِ وَالثَّرْوَةِ.
Wahai anakku! "Leka manusia daripada kerja-dalam keadaan dia sihat dan berkemampuan melakukannya-di antara perkara yang tidak di redhai oleh mereka yang berakal waras berlaku pada diri mereka, kerana kelekaan itu boleh memusnahkan kesihatan manusia dan membinasakan hartanya. Tiada kebaikan pada mempersiakan kesihatan dan harta benda.

يَا بُنَيَّ! "مَنْ تَوَاضَعَ للهِ رَفَعَهُ"، فَكُنْ مُتُوُاضِعًا لِمَنْ هُوَ دُوْنَكَ، فَإِنَّ التَّوَضُعَ مِنْ أمَارَاتِ العَقْلِ، وَإِنَّ الْمُتَوَضِعَ يَرْفَعُهُ تَوَاضُعُهُ فِي نُفُوسِ النَّاسِ.

Wahai anakku! "Sesiapa yang merendah diri, Allah akan mengangkat darjatnya". Maka kamu jadilah orang yang merendah diri kepada orang lain. Sesungguhnya merendah diri itu diantara tanda-tanda orang berakal. Orang yang merendah diri akan di angkat kedudukannya dalam diri orang lain oleh sifat tersebut.

يَا بُنَيَّ! "الكِبْرُ مَذْمُوْمٌ"، يَحُطُّ مِنْ مَنْزِلَةِ الإِنْسَانِ، ويُزِيلُ مَحَبَّتَهُ مِنَ القُلُوبِ، ومَا تَكَبَّرَ أَحَدٌ عَلَى النَّاسِ إِلاَّ لِنَقْصٍ فِي نَفْسِهِ يَسْتُرُهُ بِالْكِبْرِ، لِيُوهِمَ أَنَّهُ مُبَرَّأٌ مِنَ الْعُيُوبِ.

Wahai anakku! "Sifat ego itu keji". Ia boleh merendahkan kedudukan manusia dan menghilangkan kasih sayang dari hati mereka. Seseorang itu tidak akan sombong terhadap orang lain melainkan kerana sesuatu kekurangan dalam dirinya yang dia cuba menutupnya dengan keegoan, agar dia dapat "mengaburi" bahawa dia terlepas daripada segala keaiban.

يَا بُنَيَّ! "اَلْبِرُّ حُسْنُ الْخُلُقِ"، وَهُوَ إِسْدَاءِ الْمَعْرُوْفِ لِمُسْتَحِقِّهِ، فَبِرُّ الوَالِدَيْنِ إِطَاعَتُهُمَا وَمُسَاعَدَتُهُمَا، وَبِرُّ الأَهْلِ العَطْفُ عَلَيْهِمْ، وخَيْرُ أَنْوَاعِ الْبِرِّ أَنْ يُعَامِلَ الإِنْسَانُ النَّاسَ بِاللِّيْنِ وَالْبَشَاشَةِ وَالرِّفْقِ، الَّتِي هِيَ مِنْ مَكَارِمِ الأَخْلاَقِ.

Wahai anakku! "Budi itu ialah perangai yang baik". Iaitu melunaskan kebaikan kepada orang yang berhak. Berbudi kepada orang tua ialah mentaati dan menolong kedua-duanya dan berbudi kepada keluarga ialah bersimpati terhadap mereka. Sebaik-baik budi ialah seseorang itu bergaul dengan manusia lain secara lembut, ceria dan santun, yang merupakan sebahagian daripada kemuliaan akhlak.

Wednesday, 13 February 2013

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH



TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 1 - Peliharalah amanah dan kepercayaan organisasi terhadapmu yang bergelar naqib/naqibah. Perbaharui niat dan tekad menggalas tanggungjawab dan pengabdian kepada Allah SWT. Lontarkan jauh segala kerisauan dan kebimbangan, tingkatkan pasrah untuk meraih bantuan Allah. Selamat datang ke gelanggang dakwah! Moga istiqamah menjadi kekuatanmu.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 2 - Pastikan niat yang ikhlas menjadi sandaran bagi setiap sesi usrahmu. Kejernihan niatmu menjadi nur yang menghiasi setiap patah kata yg keluar dari mulutmu. Ketulusan nawaitu setiap ahli usrahmu yang sudi hadir menjadi obor pembakar semangat dan azam.Layarilah bahtera usrahmu bersama2 dengan keindahan tekad yang tidak mudah cemar!


TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 3 - Laksanakan sebaiknya tiga rukun usrah (taaruf, tafahum & takaful) sebagaimana yg dinyatakan oleh AsSyahid Imam AlBanna. Pastikan proses taaruf terus berjalan lancar, agar mudah tafahum dicapai. Bila sudah kenal hati & budi, suka & benci - segeralah pula saling lindung-melindungi. Alangkah bahagianya kelompok manusia yg saling mengasihi kerana Allah SWT!

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 4 - Pertingkatkan kemahiran memudahcara proses pembelajaran ahli usrah, mengikut kemampuan masing-masing. Ketahuilah keperluan pembelajaran (learning needs), kekuatan, bakat, kelemahan dan kekurangan mereka. Tempoh lama baru menjadi nuqaba' bukan penanda aras keberkesanan mengendali usrah, sebaliknya penguasaanmu dalam aspek komunikasi belajar berkumpulan.



TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 5 - Mulakan usrahmu dengan meminta setiap ahli menulis di atas sekeping kertas - TIGA Hasil Pembelajaran /HP (learning outcomes - LO) yg ingin dicapainya melalui sesi usrah bersamamu. Tulislah pula TIGA objektif utama mengapa dikau menjadi naqib/naqibah kumpulan usrah tersebut. Bincangkan HP mereka dan objektifmu bersama2. Adakah di sana titik temu antara apa yg diharapkan oleh ahli usrahmu dan apa yg mahu dikau capai?


TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 6 - Selami hati setiap ahli usrahmu, baca bahasa badan mereka - adakah mereka gembira hadir di sesi usrahmu kali ini? Ataupun mereka kelihatan resah, gelisah, tidak ceria, bosan dan tidak sabar mahu pulang? Sebelum menyalahkan mereka, apalah salahnya melihat kepada tahap prestasimu sebagai naqib/naqibah. Moga Allah memberi kita kekuatan utk terus memperbaiki diri!






TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 7 - Wujudkan suasana segar, selamat dan penuh keceriaan dalam sesi usrahmu. Segar - lantaran perkongsian ilmu yang menyuluh & memimpin. Selamat - kerana tiada siapa yg akan menghukum dan mencemuh kekurangan diri yg masih perlu diperbaiki bersama. Ceria - dek kehangatan ukhuwah & tautan hati manusia ikhlas yang mahu Allah melihat kesungguhan mereka.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 8 - Permudahkan proses pemahaman ahli2 usrahmu terhadap bahan tarbiyah yg dihadam bersama. Gunakan analogi, perbandingan dan penceritaan. Paling baik sekiranya pengalaman peribadi masing2 menjadi sandaran perbincangan. Tercetuslah usrah interaktif, proaktif dan kreatif! Sesungguhnya engkau memang pemudahcara (fasilitator) yang hebat!







TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 9 - Hidupkan usrahmu dengan kesungguhan mengislahkan diri bersama-sama. Naqib/naqibah bukan mahaguru atau mursyid yang tak boleh disanggah. Kita hanyalah `first among equals' - menjadi naqib/naqibah hanya kerana kita sudah terlebih dahulu melalui jalan/marhalah dakwah ini. Ayuh, kita bimbing & pimpin ahli2 usrah utk sama2 meniti liku perjuangan yang masih berbaki panjang.

TITIPAN BUAT NAQIB/NAQIBAH : Tip no. 10 - Luaskan pembacaan utk membuka ufuk pemikiranmu. Peruntukkan sedikit ruang sesi usrahmu utk perbincangan isu2 semasa. Ransang minda ahli2 usrahmu dgn soalan2 quiz yg mudah dicari jawapannya. Pastikan mereka pulang dengan informasi segar,bugar yg bakal membentuk fikrah sejahtera malar!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...